Saturday, April 16, 2016

SRA Surada : Pembersihan Saluran Pembetungan


Assalamualaikum, didoakan semoga semua pengunjung blog PIBG SRA Sungai Ramal Dalam, Kajang sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Pada 08 April yang lepas pihak pengurusan sekolah memaklumkan
kepada PIBG tandas sekolah mengalami sedikit masalah iaitu saluran pembetungan yang tersumbat.

Sebaik mendapat laporan tersebut, pihak PIBG segera menghubungi kontraktor GA Repair & Maintenance iaitu En Azis Rejab dan brief kepada beliau apa yang sebenarnya berlaku.
 

Setelah mendapat gambaran awal, beliau setuju untuk membantu dan pada keesokkannya beliau datang ke sekolah dan terus melakukan kerja-kerja pembersihan.

Di dapati bahawa ianya berpunca daripada sampah sarap seperti botol air mineral, kertas, kayu dan sebagainya yang terdapat di dalam saluran pembetung tersebut.

Pihak kontraktor telah mengeluarkan kesemua sampah tersebut dan melakukan total cleaning dengan menggunakan waterjet kepada semua saluran pembetung yang ada.

Alhamdulillah, ianya telah selesai dan diapati saluran pembetung tersebut telah berfungsi seperti sediakala.

Mohon kepada ibubapa agar dapat menasihatkan anak masing-msing agar sentiasa menjaga kebersihan di sekeliling kawasan sekolah.

No comments:

Post a Comment