Wednesday, April 6, 2016

PIBG SRA Surada : Seputar Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 24


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Alhamdulillah ... Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 24 telah
berjalan dengan jayanya pada
03 April 2016 di Dewan Asy-Syafie dalam suasana yang mesra dan harmoni.

Ianya dimulakan dengan ucapan YDP PIBG iaitu Ustaz Sukor b Atan yang menyentuh pelbagai kebaikan bersekolah agama disamping kerisauan beliau terhadap tahap ilmu agama belia masa kini yang agak membimbangkan.

Seterusnya giliran YBhg. Al-Fadhil Tn Hj Misron b Hj Mahmud, Penyelia Kanan Pengurusan Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat pula menyampaikan amanatnya yang menyentuh betapa pentingnya menuntut ilmu dan keberkatannya disamping peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa dalam menghasilkan masyarakat madani.



Majlis disusuli pula dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua AJK PIBG Sesi 2014/2016 dan juga kepada beberapa orang tenaga pengajar yang bertukar sekolah dan juga yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka.


Di akhir ucapan, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput beliau pada kali ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SRA Surada Kali Ke 24.



Sebelum majlis berhenti rehat, barisan pelajar  Tahun 5 yang telah menjadi Johan Pertandingan Amal Islami dalam kategori Kalam Jamaie telah memukau hadirin dengan persembahan yang amat menakjubkan ....


Tahniah Buat Para Guru dan Pelajar Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam...!

SRA Sg Ramal Dalam, Kajang Adalah Yang Terbaaaeekkk... !!




No comments:

Post a Comment