Tuesday, January 5, 2016

PIBG SRA Surada : Pembaikan Paip Bocor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

             Pada Isnin 04 Jan 2016 yang lepas, En Saleh (tukang kebun sekolah) telah memaklumkan kepada AJK PIBG berkenaan kebocoran paip berdekatan kantin sekolah.

Susulan aduan itu, pihak PIBG segera bertindak dengan memanggil kontraktor En Azis Rejab (012-682 1012) daripada syarikat GA Repair untuk menilai tahap keterukan (severity) kebocoran paip tersebut.

En Azis sedang menilai tahap keterukan kerosakan paip

Alhamdulillah, beliau datang pada hari Selasa 05 Jan 2016 kira-kira jam 2.00 petang dan selesai melakukan kerja-kerja pembaikan sepenuhnya pada jam 4.30 petang.

Jutaan terima kasih di atas kerjasama daripada En Azis.

Sambungan paip yang pecah di dalam tanah.


Paip yang telah berjaya disambung semula

 

Bangku kayu terpaksa diletakkan bagi mengelakkan murid terjerumus ke dalam lubang yang terbentuk akibat kebocoran paip

No comments:

Post a Comment