Saturday, January 2, 2016

PIBG SRA Surada : Cadangan Mewujudkan Pusat Sumber Sekolah (PSS)




assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bertemu kita pada Tahun Baharu 2016, semoga tahun ini menjadikan kita lebih bertaqwa dan lebih beriman serta menjanjikan kemenangan kepada semua umat Islam.

Pihak PIBG dan sekolah bercadang
untuk mewujudkan  Pusat Sumber Sekolah (PSS).





KERTAS KERJA MEWUJUDKAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0   LATARBELAKANG

Pusat Sumber SRASRD memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah.Ia berfungsi dalam membantu  proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar  sendiri berasaskan  Pusat Sumber.
PSS merupakan nadi segala pergerakan dana akiviti ke arah P&P yang berkesan. Ia pasti menjadi centre of learning dan centre of action. Tahap penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan murid-murid SRASRD masih belum mencapai tahap optimum. Masih banyak kemudahan diperlukan bagi memastikan Pusat Sumber SRA Sg Ramal Dalam dapat berkembang maju. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.

2.0   VISI

“SRA SEKOLAH RENDAH SUNGAI RAMAL DALAM
CEMERLANG DI ZON KAJANG”


3.0   MISI

MENJADI NADI SEKOLAH DAN PUSAT PENGUMPULAN
SERTA PENYEBARAN ILMU YANG CEMERLANG.


4.0   MATLAMAT
  
   i.            Menjadikan PSS sebagai gedung ilmu dan nadi kepada kecemerlangan sekolah.


   ii.            Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat serta menyediakan perisian pendidikan kepada murid-murid dan guru.

   iii.            Membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan gemar membaca.



5.0   OBJEKTIF

5.1       Mewujudkan minat murid-murid dalam ilmu pengetahuan.
5.2       Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan murid.
5.3       Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.
5.4       Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5.5       Meningkatkan nisbah pembacaan murid dan guru.
5.6       Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran serta membekalkan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan murid.

6.0   LOKASI / TEMPAT

Kelas Tingkat Satu Blok B. Keadaan tempat yang selesa dan mudah didatangi oleh semua guru dan murid.

7.0   PERALATAN

BIL
BARANG
KUANTITI
ANGGARAN (RM)
JUMLAH (RM)
1
PENDINGIN HAWA
2 HOS
3,000.00
6,000.00
2
KOMPUTER
4 SET
1,500.00
6,000.00
3
ALAT PENCETAK
2 BUAH
500.00
1,000.00
4
MEJA KAUNTER
1 BUAH
1,500.00
1,500.00
5
KERUSI KAUNTER
2 BUAH
200.00
400.00
6
SOFTBOARD
2 BUAH
500.00
1,000.00
7
RAK BUKU
4 BUAH
400.00
1,600.00
8
RAK BAHAN BANTU MENGAJAR
1 BUAH
417.00
417.00
9
RAK KAD AHLI
1 BUAH
400.00
400.00
10
ALMARI
1 BUAH
800.00
800.00
11
JAM DINDING
2 BIJI
40.00
80.00
12
MEJA JEPUN
8 BUAH
250.00
2,000.00
13
LANGSIR

1,000.00
1,000.00
14
GRIL

2,000.00
2,000.00
15
RAK KASUT BESI
2 BUAH
400.00
800.00
16
SKRIN LAYAR PUTIH
1 UNIT
500.00
500.00

JUMLAH


25,497.00

 

8.0   BAHAN YANG HENDAK DIMUATKAN

      i.            Majalah  
    ii.            Suratkhabar / Poster-poster 
 iii.            Gambar-gambar 
   iv.           Buku-buku Ilmiah


9.0   PENGENDALIAN

Akan diuruskan oleh semua guru-guru secara berjadual.

 
10.0   PERATURAN       

Perlaksanaan akan dirangka oleh Guru Ko-Kurikulum.


11.0   PENUTUP

Semoga hasrat PIBG untuk mewujudkan Pusat Sumber Sekolah akan tercapai sebagai satu usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid bermula dari usia muda. Seterusnya dapat melahirkan generasi yang celik ilmu pengetahuan sebagai  persediaan kealam dewasa kelak. Besarlah harapan pihak sekolah dapat merealisasikan impian murni dengan secepat mungkin dengan kerjasama semua pihak.
 

Ustaz Sukor b Atan
YDP PIBG
SRA Sungai Ramal Dalam


No comments:

Post a Comment