Saturday, November 28, 2015

PIBG SRA Surada : Meraikan Pelajar Mumtaz

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Satu majlis meraikan pelajar yang memperolehi keputusan Mumtaz pada peperiksaan PSRA 2015 telah diadakan pada
Jumaat 15 Safar 1437H / 27 Nov 2015 bertempat di MAEPS Bistro Serdang.

Kehadiran para pelajar yang diraikan beserta YDP PIBG, Ustaz Sukor b Atan, Guru Besar SRASRD, Ustazah Siti Sara bt Ibrahim dan guru-guru sekolah ternyata turut memeriahkan makan malam berkonsepkan Steambot Buffet.

Sekalung tahniah kepada guru-guru yang bekerja keras dalam merencanakan majlis ini.... TAHNIAH..!







No comments:

Post a Comment