Friday, November 27, 2015

PIBG SRA Surada : Majlis Khatam Al-Quran, Iqra & Hari Kecemerlangan Pelajar 2015

Assalamualaikum,  Majlis Khatam Al-Quran, Iqra & Hari Kecemerlangan Pelajar 2015 telah berjaya dianjurkan oleh pihak sekolah pada hari Selasa 07 Safar 1437H / 10 November 2015 di Dewan Imam Al-Hanafi, Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Alhamdulillah, pada kali ini pencapaian PSRA bagi tahun 2015 adalah bagus apabila seramai 20 orang pelajar telah mencatatkan keputusan Mumtaz !

Pada majlis tersebut
juga YDP PIBG SRASRD, Ustaz Sukor b Atan telah menyampaikan cenderahati kepada guru yang bersara dan juga kepada kakitangan sekolah yang berpindah.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan tak dilupakan jasa yang tinggi menggunung daripada semua guru yang telah membimbing pelajar mereka tanpa mengenal penat lelah. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

- AJK PIBG SRASRD -










No comments:

Post a Comment