Sunday, May 15, 2016

PIBG SRA Surada : Gotong Royong Pusat Sumber Sekolah Bersama Kolej Keenam UPM


Assalamualaikum, pada 14-15 Mei 2016, sekumpulan mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) telah
berbesar hati hadir ke Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam, Kajang untuk satu sesi gotong royong mewujudkan Pusat Sumber Sekolah (PSS).


Ketua delegasi tersebut ialah En Aidil bersama sekitar 50 orang mahasiswa UPM sementara Tn Diki Zawawi mewakili pihak sekolah dan PIBG telah bekerjasama semenjak dari jam 8.30 pagi bagi membersihkan kawasan sekolah dan mengecat bilik sumber.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Mahasiswa Kolej Keenam UPM di atas inisiatif ini dan semoga jalinan ukhuwah ini antara pihak UPM dan SRA Sungai Ramal Dalam ini berterusan demi kebaikan bersama.

Tak dilupakan juga kepda Ustaz Hashim yang menjadi 'anchor man' di dalam aktiviti gotong royong pada kali ini.

Kudos Ustaz Hashim & The Team...!!














No comments:

Post a Comment