Saturday, February 6, 2016

PIBG SRA Surada : Pendawaian Semula Sistem Elektrik

Assalamualaikum, pada 27 Januari yang lepas, pihak PIBG telah dimaklumkan bahawa sistem pendawaian elektrik di satu bilik darjah telah
rosak teruk akibat dimakan oleh anai-anai. Akibatnya bilik tersebut tidak boleh digunakan kerana kipas dan lampu telah tidak berfungsi.

Ekoran itu, pihak PIBG telah bertindak pantas dengan meminta kontraktor Sistem Mampat Elektrik untuk melihat dan menilai tahap kerosakan yang dimaksudkan. Sejurus selepas itu, mereka memaklum bahawa pendawaian asal telah tidak boleh digunakan langsung dan pendawaian semula secara luaran (external wiring) dengan menggunakan 'casing' adalah alternatif terbaik buat masa ini.

Pihak sekolah dan PIBG bersetuju dengan cadangan tersebut dan kerja-kerja pendawaian telah bermula keesokkannya dan Alhamdulillah....hasilnya kini kelas tersebut telah boleh digunakan semula bagi tujuan pembelajaran guru dan murid-murid.

Sekian.

Tn Hj Zainal sedang melakukan pemeriksaan di kotak elektrik bagi menilai tahap kerosakan










No comments:

Post a Comment